Khamis, 19 April 2007

Ucapan Selamat Tinggal Untuk Blogger Kickstart

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Terima Kasih kepada Blogger Kickstart terutama Ujang & Kak Red,kerana sudi memilih saya untuk menyertai Blogger Kickstart ini.Memang terharu rasanya kerana dapat menyertai program seumpama ini.

Walaupun saya masih baru dalam dunia blogger ini,namun pengalaman yang saya dapat selama menyertai Blogger Kickstart,amatlah berharga dan berguna sekali.Secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim diantara para peserta dan juga blogger yang lain.Ramai kenalan yang saya kenal setelah saya menyertai program ini dan tidak boleh disangkal lagi program ini telah menuju sasaran yang diharapkan.

Kepada peserta-peserta lain,diharap kalian semua dapat meneruskan usaha walaupun ini hanyalah hiburan semata-mata.Ini bukanlah untuk menunjukkan diri kamu hebat,cume kamu perlulah menjadi diri kamu seadanya.Pada intan,kurt_kuden,katarsis,kriesz,milla,mouriey's,syawaludin,bro rick & maliha anoushka,kamu sebenarnya cukup hebat dimata saya.Teruskan usaha kalian semua dan saya akan menyokong kamu seadanya.

Sebelum saya terlupa,ucapan terima kasih kepada juri jemputan minggu pertama iaitu Fiebie Rossa yang sudi menilai hasil kerja kami semua.

Jari ditangan disusun rapat
Mengatur ayat untuk dikata
Jika ada silap di tempat
Hanya maaf yang dapat dipinta

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yeap, hopefully ikatan persahabatan walaupun dialam cyber berterusan, insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

ye..krn BKS ni dpt la kita kenal2....

Ujang_MD berkata...

thnx for the ucapan ni zila.. i will update dlm bks.

zura lias berkata...

sorry zila..lambat jengah..seronok sbb BKS nie dapat kenal blogger lain. Still member ek..^_^

Niza @ Anis berkata...

den tak pasan pun ada ujang ada wat sal ni.niway,awak pun bagus! insya-Allah, mungkin rezeki akan berpihak pd anda next time. so all da best 2 u coz u r da best among da best!

Tanpa Nama berkata...

[B]NZBsRus.com[/B]
Dont Bother With Laggin Downloads With NZB Downloads You Can Instantly Find Movies, Console Games, MP3s, Applications & Download Them at Accelerated Rates

[URL=http://www.nzbsrus.com][B]Usenet Search[/B][/URL]