Permulaan tahun baru..azam tahun baru pun lebih kurang sama..sejak dah 2 minggu amalkan diet atkins ni..alhamdulilah ade pengurangan yang memberangsangkan..semangat untuk turunkan berat dari hari ke sehari..ni memang betul-betul da sedia la ni...persediaan dari segala segi memang betul-betul kene kuat..kalau tak harapan tu tinggal harapan..ditiup bagai angin lalu..puuuhh..
dah berapa kali cuba untuk turunkan berat yang berkilo-kilo ni..jangan cerita la produk pelansingan badan yang ada kat pasaran tu yang pernah aku dibeli..perkhidmatan perlangsingan badan pun pernah cuba tau..tapi kalau mental..iman dan juga semangat tak kuat..tu yang kita tak kemana tu..sindirin sinis juga kadang-kadang menikam kalbu..bukan nak membantu tapi terang-terang hentam aku depan orang..orang macam ni pon ade eh..orang gemuk selalu kene bahan kan..kesian kami..
ok pertama sekali azam atau semangat perlu ditanam untuk melancarkan diet ni adalah..
1) cubalah mintak putus secara baik kepada makanan
"favourite" yang selalu kita tak boleh tinggalkan..nescaya
perpisahan kali ini lebih "redha" dan mungkin tiada igauan
akan berlaku semasa proses diet ni..
2) pembacaan penting untuk kita lebih tau apa diet yang kita
buat..tak boleh main hentam..badan kita kadang-kadang tak
sama badan orang lain.
3) ape yang perlu dimakan dan apa yang tidak.lebihkan makan
sayur-sayuran dan sumber protien.minum banyak air.
4) keazaman kena tinggi. jangan curi-curi @ menipu ketika
diet.ini akan memgakibatkan plan diet kita punah sama
sekali.eleh memang la kalau kita kata "cheat sikit je..nanti diet
balik la" kalau nak dekat sepuluh kali dok ulang ayat yang
sama..rasanya baik tak payah diet la..duduk la di zon selesa
anda sekarang.
5) senaman pon penting juga.tak kisah la senaman ringan @
berat.lebih elok untuk hasil yang lebih baik.
6) penimbang juga perlu ada.habis tu camne nak timbang. ini
pon untuk menaikkan semangat untuk kita teruskan diet kita.
7) paling penting sokongan dari orang ramai termasuk keluarga
dan rakan-rakan. jangan tau nak hentam @ kritik.kena bagi
sokongan supaya keazaman dalam diri kita tak akan luntur.
antara barangan yang boleh digunapakai dalam diet atkins ni
botol air wajib ade dan kena habiskan air untuk sehari
8) ikut menu yang disarankan.mana yang tak boleh makan
jangan makan.nanti dah menyeleweng diet kita.
apapun semua keputusan terletak ditangan kita.kekuatan dan kelemahan kita yang atasi sendiri.siapa yang berjaya menempuhi semua dugaaan diakhirnya dapat la hasil yang di idamkan.jadi jangan jealous kalau-kalau ada member-member dah kurus dan kita masih di takat gemuk lagi.
1 ulasan:
saya pernah cuba gak diet ni...tapiiiii bab nak tinggal nasi ngn roti tuuu..adehhhh...belum sanggup rsanya
Catat Ulasan