Khamis, 1 Januari 2015

semoga permulaan yang baik

salam..

akhirnya tahun 2015 sudah datang.harap-harap kali ni dapat sambung semula menulis di blog yang sudah lama dilupakan.bukan sengaja lupa..tapi ditinggalkan sementara untuk menguruskan kehidupan di alam nyata masih belum sempurna untuk diselesaikan.

memori saat kegemilangan berbloging yang mula dihidupkan pada tahun 2007.saat ramai kenalan alam maya yang aku kenal.saat yang paling manis sehingga ke hari ini.dari saat di calonkan sebagai peserta kick start dari 10 orang blogger..9 darinya yang handal belaka.

tapi itu dulu selepas 7 tahun,ada juga tenggelam timbulnya..akhirnya tahun 2015 ini ingin rasanya bernukilan kembali.dari solo sehingga berdua.dari berdua sekarang ahli sudah bertambah.alhamdulilah kami berlima bersama-sama membina keluarga bahagia.

dalam 7 tahun.banyak blog yang bercambah.bagai bertaburan bintang dilangit.tapi tak semua kekal lama.harap-harap kebangkitan kali ini dapat ramai kenalan blogger.dapat bertukar pendapat.semoga hati dapat bertenang selalu.kadang hati dipukul badai tak siapa yang tahu.

salam perkenalan..



Tiada ulasan: